Kuat dan Lemah Bes

Bes kuat adalah bes yang terhidrolisis dengan lengkapnya, menaikkan pH larutan ke arah 14. Bes kuat, seperti juga asid kuat, menyerang tisu hidup dan mengakibatkan lecuran teruk. Ia bertindak dengan cara yang berlainan daripada asid, iaitu sementara asid kuat bersifat mengakis, bes kuat pula adalah kaustik. Bes yang larut dalam air adalah dipanggil alkali. Terdapat juga bes lemah seperti ammonia yang digunakan untuk pembersihan.

Templat:Acids and BasesTakrifan biasa bagi bes ialah sebatian kimia yang menerima ion hidronium apabila larut dalam air (penerima proton). Alkali adalah contoh khusus bagi bes, iaitu pada persekitaran berair, ion hidroksida didermakan. Bes dan asid dilihat berlawanan kerana kesan asid ialah meningkatkan kepekatan ion hidronium (H3O+) dalam air, manakala bes pula mengurangkan kepekatan ini. Bes Arrhenius adalah terlarut dalam air dan larutan ini sentiasa mempunyai pH lebih tinggi daripada 7.

Terdapat lagi takrifan-takrifan asid dan bes lain yang lebih umum atau lebih lanjut.